cinta.part 1
cinta, adalah sejenis makanan. makanan yang mempunyai rasa yang pelbagai. kadang-kadang manis, kadang-kadang terlalu manis. kadang-kadang, boleh jadi pahit, macam kerepek belinjan. pahit-pahit belinjan, sedap juga kalau dimakan. cinta juga boleh basi kalau dibiarkan tidak dimakan.
sesetengah orang, ketagih apabila memakan cinta. bila cinta tiada, meracau, tidak keruan. sangap? itu lah bahasa yang biasa digunakan apabila tiada cinta. pertama kali nampak cinta, hati sudah tertawan. rasa ingin menjamah, dan merasakan kelazatan cinta. dia, tidak tahu samada cinta itu manis, ataupun pahit. mata dipejam, mengharapkan sesuatu yang indah menyelinap masuk ke dalam hati.
setelah masuk ke dalam mulut, mula terasa cinta. jika sedap, dikunyah lama-lama, supaya banyak jus-jus cinta terembes dan dirasakan kelazatannya dengan lidah. sebaliknya, terus dimuntahkan cinta serta dijolok-jolok tekak supaya tidak tertinggal sisa. sumpah seranah serta cacian menjadi zikir buat seketika. konon-konon, itulah ubat kekecewaan tidak mendapat kelazatan cinta.
littlemiss,
kopisusu